MUKADIMAH say no kepada gula

Asasalamualaikum...Satu kajian perubatan menunjukkan , rakyat malaysia merupakan pengguna gula yang tertinggi di asia tenggara dengan purata 3.7 kg gula sebulan. Kini hampir 1.4 juta rakyat Malaysia berusia 30 tahun keatas mengidap penyakit diabetes dan dijangkakan 2.5 juta rakyat negara ini akan mengidap diabetes menjelang 2020. Menyedari hakikat ini orang ramai digalakkan mengurangkan penggunaan gula dengan mencari pemanis alternatif pengganti gula dan ternyata produk ini boleh menjadi kenyataan. Kami menawarkan 3 PRODUK pengganti Gula untuk kesihatan para anda semua. Produk berasaskan tebu hitam (P3 Pemanis), Stevia (Doktor Stevia) & Buah Lohan/ Monk (HEGULA) sejenis pemanis semulajadi berasaskan 100% tebu Hitam, dengan teknologi Nano, daun stevia dan Buah Lohan dengan kemanisan sehingga 300 kali gula tetapi tidak mengandungi kalori, glukos dan lemak . Tebu Hitam dan Stevia juga digunakan untuk mengurangkan kadar gula amalan dalam kehidupan harian. Ia juga menjadi pemanis pilihan bagi mereka yang ingin sihat berterusan dan juga yang mengalami masalah berat badan. Juga pada mereka yang merebut peluang menambah pendapatan....Teruskan...
KITA TIDAK PERLU HEBAT UTK BERMULA...TAPI KITA MESTI BERMULA UTK MENJADI HEBAT...AMINNN...

Wednesday, August 4, 2010

FAQ

FAQ PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 26 February 2010 11:47
Q : APA ITU STEVIA?

A : Stevia adalah 100% ekstrak stevia tulen ( bewarna putih )dengan kemanisan 200x lebih manis dari gula biasa, dipek didalam botol kecil yang mudah dibawa kemana sahaja, dengan kuantiti 10gram/botol.

Q: APAKAH YANG MEMBEZAKAN PRODUK STEVIA KAMI DENGAN PRODUK-PRODUK STEVIA LAIN ?


A:  STEVIA kami mengandungi skstrak stevia tulen dari tumbuhan herba stevia terpilih dan berkualiti tinggi dari ladang-ladang terbaik di Selatan Amerika. Tiada pengubahsuaian genetik dilakukan supaya kualiti dan khasiatnya kekal asli dan semulajadi.


Q: ADAKAH STEVIA SELAMAT DIGUNAKAN ?

A : Banyak kajian telah dijalankan di serata dunia menunjukkan stevia adalah tidak Bertoksid dan selamat digunakan. Stevia telah digunakan sejak berabad-abad lalu oleh penduduk-penduduk Amerika Selatan. Stevia juga digunakan di Jepun sejak 1970 hingga sekarang, setlah lebih dari 20 tahun penggunaannya, tiada sebarang laporan atau aduan tentang ketoksikannya atau kesan sampingannya. Begitu juga di Amerika, Canada, Jerman, Korea, China dan India.  STEVIA adalah ekstrak stevia tulen, jadi STEVIA adalah sangat selamat.


Q : ADAKAH STEVIA DILULUSKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA DAN MENDAPAT SIJIL KKM ?

A : Ya, STEVIA kami diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai makanan. Ekstrak stevia telah dikelaskan sebagai makanan, di bawah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Awam, KKM. STEVIA bukan ubat atau persediaan perubatan tradisional jadi  STEVIA tidak memerlukan sijil KKM.


Q : STEVIA ADALAH 200x LEBIH MANIS DARI GULA. MENGAPA TIDAK
300x ATAU 400x ATAU 500x ?

A : Kemanisan Ekstrak Stevia yang terdapat diseluruh dunia sebenarnya adalah dari 150x Hingaa 500x lebih manis dari gula biasa. Walaubagaimanapun, satu usaha mendekati Pengguna-pengguna di Malaysia telah dijalankan oleh pihak syarikat sendiri bermula Mei 2009. Pengguna-pengguna diberi peluang merasa sendiri ekstrak stevia pada Tahap kemanisan yang berbeza 200x, 300x, 400x dan 500x. Respon dari seramai 300
Orang pngguna ekstrak stevia 200x adalah lebih sesuai dengan citarasa dan dapat Disimpulkan :-


- Semakin tinggi kemanisan ekstrak stevia, semakin kuat kesan manisnya didalam mulut atau dengan istilah ‘manis lama’ atau ‘hayai’, beberapa orang pengguna mengalami sedikit rasa pening dengan ektrak 400x dan 500x.
- Semakin tinggi kemanisan ekstrak stevia, semakin sukar untuk digunakan.Semakin tidak praktikal. Semakin sukar untuk menentukan sukatannya.
- Semakin tinggi kemanisan ekstrak stevia, semakin mahal harganya.


Jadi, SEVIA dengan kelebihan ekstrak setvia 200x adalah paling relevan, Paling sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia dan lebih praktikal.


Q: BOLEHKAH  STEVIA MENGGANTIKAN GULA ?

A : STEVIA  sememangnya pengganti gula dan lebih baik, lebih sihat, lebih selamat Dari Gula. Jua-Via boleh digunakan dalam minuman dan masakan.


Q : STEVIA  SANGAT MANIS. ADAKAH IA BOLEH MEROSAKKAN GIGI ?

A :  STEVIA  tidak merosakkan walaupun 200x lebih manis dari gula kerana sifatnya Alkali. Malah STEVIA  angat baik untuk penjagaan mulut dan gigi kerana kealkaliannya akan meneutralkan asid dalam mulut. Keadaan yang berasid menggalakkan pertumbuhan bacteria yang akan mengakibatkan cavity, kerosakan gigi dan nafas berbau.


Q : ADAKAH STEVIA  BAIK UNTUK PESAKIT DIABETES DAN HIPERTENSI (TEKANAN DARAH TINGGI )?

A : STEVIA  adalah Pilihan Tepat untuk pesakit Diabetes. Dengan keistimewaan  STEVIA yang 0 % Glukosa, tidak akan meningkatkan paras glukosa ( gula) dalam darah. Dengan  STEVIA pesakit Diabetes boleh menikmati rasa manis dalam minuman atau hidangan makanan tanpa perlu risaukan bacaan gula dalam darah mereka. Malah, menurut kajian lagi dengan kuantiti yang lebih banyak, Jua-Via ™ mampu menjadi ‘penawar’ Diabetes dan Hipertensi. Banyak kajian dijalankan oleh pakar-pakar perubatan seluruh dunia terutamanya di Brazil, Amerika, Jepun dan China, mendapati ekstrak stevia merangsang organ pancreas untuk menghasilkan insulin dan menormalkan tindakbalasnya dengan glukosa. Ekstrak stevia juga didapati dapat menstabilkan tekanan darah tinggi. Jadi, semua pesakit diabetes dan hipertensi amat memerlukan Jua-Via ™ untuk menghilangkan penderitaan mereka. (Rujuk testimoni )


Q : BAGAIMANA STEVIA  BOLEH MEREDAKAN MASALAH KEPUTIHAN ?

A : Paras gula (glukosa) yang tinggi di dalam darah adalah antara punca utama masalah keputihan, terutamanya terhadap wanita. Menurut pakar Perubatan dan Pemakanan, glukosa merupakan ‘makanan’ kepada fungus Candidiasis Albcan, fungus yang menyebakan keputihan. Dengan mengamalkan STEVIA  yang bukan gula dan 0% Glukosa setiap hari secara berterusan, akan membantutkan pertumbuhan dan pertambahan fungus ini. Jadi,  STEVIA  adalah teman baik setiap wanita.


Q : ADAKAH  STEVIA  BOLEH MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN ?

A :  STEVIA  sangat sesuai untuk menurunkan berat badan. Kalori yang berlebihan atau yang tidak ditukarkan kepada tenaga akan disimpan di dalam badan sebagai lemak, dan hanya akan menambah berat badan. Jua-Via ™ 0% Kalori, 0% Karbohidrat, 0% Lemak.. Cuma perlu mengamalkan Jua-Via ™ setiap hari dalam minuman dan makanan, bermakna mengurangkan jumlah Kalori seharian. Kurangnya kalori, bermakna kuranglah lemak yang akan terbentuk. Jadi berat badan akan berkurang dari masa ke semasa tanpa perlu rasa tertekan.


Q : MENGAPA STEVIA  PERLU MENJADI TEMAN SETIAP RAKYAT MALAYSIA ?

A : 1- STEVIA  adalah 100% ekstrak daun stevia tulen dan berkualiti tinggi.
2- Harga yang Murah untuk menajaga kesihatan, berbaloi dengan kualiti rasanya dan ciri-ciri yang dapat  membantu Diabetes, Hipertensi, Keputihan dan Berlebihan berat badan.
3- Sangat memenuhi kehendak mereka yang mengutamakan kesihatan diri dan keluarga.
4 – Bebas Kimia dan yang paling penting HALAL ( tiada campuran bahan Najis atau Syubhah)

Tuesday, August 3, 2010

APA ITU GULA

APA ITU GULA TEBU??? PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Saturday, 27 February 2010 03:45

APA ITU GULA ???

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!



 Adakah badan kita perlukan gula TEBU sebagai sumber tenaga ?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain seperti nasi, ikan, daging, sayur, susu, buah-buahan ubi kentang dan lain-lain kepada glukosa apabila badan memerlukan tenaga. Jika dikira, pengambilan makanan seharian kita,dua kali hidangan nasi dan juga makanan sampingan lain mempunyai jumlah kalori (tenaga) yang jauh lebih banyak dari tenaga yang diperlukan oleh badan (mengikut aktiviti individu). Kalori yang berlebihan itulah yang akan memberi kesan buruk pada kesihatan badan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti serta masalah-masalah kesihatan lain.

INFO ! - Jadi fakta yang sebenarnya ialah badan kita sememangnya memerlukan gula tetapi bukan GULA TEBU !! (Fakta dari pakar pemakanan)


 Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak GULA di dunia?

Walaupun negara kita adalah sebuah negara yang kecil , namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara yang mempunyai rakyat paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit diabetes yang ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan suatu masa dahulu.
Di Jepun, gula tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dimana gula menjadi seperti satu kewajipan di dalam kehidupan seharian kita.
Kita kini mempunyai pilihan lain selain gula. Memperkenalkan Jua-Via ™ yang kandungannya 100% ekstrak stevia tulin. Sejenis pemanis semulajadi yang lebih manis 200 kaliganda daripada gula tebu dan mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan.



Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti :-
* Glukosa * Fruktosa * Laktosa * Maltosa
* Sukrosa * Sirap Glukos * Sirap Maple
* Molases * Sirap Hitam * Sirap Kencana

* Dektrosa * Sorbitol




BAHAYA PENGGANTI GULA SINTETIK YANG ADA DIPASARAN

Hanya memberi rasa manis tetapi tidak membantu langsung dalam menurunkan paras gula dalam darah, malah ramai dikalangan pesakit diabetes yang menggunakan produk berasakan aspartame mendapati paras gula dalam darah mereka semakin tinggi.
Aspartame juga memberi kesan buruk dengan merosakkan saraf mata apabila diambil secara konsisten dalam satu jangkamasa.
Ibu Gula (Saccharine) yang banyak digunakan dalam industri makanan dan minuman termasuklah pembuatan jeruk buah-buahan juga boleh menjadi agen barah jika diambil dalam satu jangkamasa.
Ibu Gula (Saccharine) telah diharam penggunaannya oleh hampir semua negara termasuk Malaysia kerana kesan buruknya terhadap kesihatan tubuh badan manusia.
Gula Sintetik Lain - Sukralose.

78 DALIL KEBURUKAN GULA TEBU

78 JENIS KEBURUKKAN GULA PDF Print E-mail

Saturday, 27 February 2010 03:41
 
78 JENIS KEBURUKKAN GULA YANG PERLU ANDA KETAHUI !!!

 1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
 9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Menjejaskan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer

_______________________________________________________

BAGAIMANA ??? MASIH BERMINAT DENGAN GULA TEBU SETELAH MENGETAHUI KEBURUKANNYA TADI ???



TENSYEN ? MARAH ?

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA MENJADI MANGSA GULA !!!!


DENGAN STEVIA DROP anda mampu menjauhi diri anda dari bahaya GULA tetapi anda masih menikmati rasa manis yang lebih sedap dan menyihatkan !!

Wednesday, July 28, 2010

PELANCARAN kEMPEN

UCAPAN Y.B DATO’ SERI LIOW TIONG LAI

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

SEMPENA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KEMPEN KURANGKAN GULA
DI DEWAN SJKC KERLING
PADA 20 APRIL 2010 (3 PETANG)

Yang Berusaha Pengerusi Majlis.
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Yang Berbahagia Dr Rosnah bt Hadis,
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor.

Dif-dif kehormat, Dato-dato, Datin-datin,

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

1. Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa bangga dan bertuah kerana dapat bersama-sama dengan penduduk-penduduk Kg Baru Air Panas Kerling dan kawasan sekitarnya dalam suasana majlis yang bersejarah dan cukup meriah ini, iaitu Kempen Kurangkan Gula pada hari ini.

2. Pengambilan makanan yang manis dan bergula telah menjadi satu budaya dalam masyarakat Malaysia. Kita dapat lihat di mana-mana restoren atau kedai makan, kebanyakan daripada kita lebih gemar memilih minuman manis seperti sirap, teh tarik dan kopi tarik berbanding air kosong. Kuih muih kita juga kebanyakannya disediakan dengan menambah gula. Tidak cukup dengan itu, pisang goreng dan roti canai juga dicicah dengan gula.

3. Namun begitu, kita perlu menyedari bahawa gula yang ditambah ke dalam makanan tidak memberi sebarang faedah kepada kesihatan malah boleh memudaratkan. Ini kerana selain membekalkan tenaga, gula TIDAK mengandungi nutrient lain. Apabila kita mengambil makanan yang mengandungi gula dan tidak melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian, ianya hanya akan segera ditukar kepada lemak dan disimpan di dalam badan. Pada satu jangka masa yang panjang, lemak ini akan berkumpul dan menyebabkan kegemukan atau obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya kita mengamalkan pengambilan makanan yang kaya dengan lemak dan kurang melakukan aktiviti fizikal.

4. Menurut pakar pemakanan, 1 sudu teh gula membekalkan 20 kilokalori tenaga. Untuk membakar tenaga ini, kita perlu menaiki tangga setinggi 14 tingkat. Bayangkan, kita perlu menaiki tangga setinggi 98 tingkat jika mengambil 7 sudu teh gula yang membekalkan 140 kilokalori tenaga sehari.

5. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2003, orang dewasa di Malaysia menambah 7 sudu teh (51g) gula sehari ke dalam minuman, di mana 4 sudu teh (21g) adalah gula pasir dan 3 sudu teh (30g) adalah dalam bentuk susu pekat manis. Jumlah ini sahaja telah melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Panduan Diet Malaysia yang menyarankan pengambilan gula tidak melebihi 50g atau 10% daripada keperluan tenaga harian. Ini belum lagi diambilkira gula yang dijadikan ramuan dalam kuih-muih, bubur, kek, ais krim, coklat dan sapuan roti yang kita makan setiap hari, yang dipanggil gula tersembunyi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

6. Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa prevalens orang dewasa yang berlebihan berat badan telah meningkat hampir dua kali ganda iaitu daripada 16.6% pada tahun 1996 kepada 29.1% pada tahun 2006. Prevalens orang dewasa yang obes pula telah meningkat sebanyak tiga kali ganda iaitu daripada 4.4% pad tahun 1996 kepada 14.0% pada tahun 2006.

7. Obesiti meningkatkan risiko penyakit kronik seperti Diabetes, penyakit jantung dan strok. Kajian yang sama menunjukkan bahawa prevalens penyakit Diabetes di kalangan penduduk yang berumur 30 tahun ke atas telah meningkat daripada 8.3% pada tahun 1996 kepada 14.9% pada tahun 2006.

8. Kempen Kurangkan Pengambilan Gula merupakan usaha berterusan kerajaan bagi mendidik rakyat mengamalkan cara hidup sihat. Pada hari ini juga, saya difahamkan pelbagai aktiviti telah diatur termasuk pameran dan saringan kesihatan. Ini termasuk ujian percuma untuk mengesan tahap glukos dan kolestrol dalam darah.

9. Akhir kata, saya menyeru kepada semua, marilah kita bersama-sama berusaha mengurangkan pengambilan gula dan mengamalkan cara hidup sihat. Sebagai pengguna, kita perlu mendidik diri untuk membaca label makanan untuk mengetahui kandungan gula dalam makanan tersebut. Ini penting untuk mengawal pengambilan makanan yang terlalu banyak mengandungi gula. Kita juga perlu menjalankan aktiviti fizikal secara kerap dan berterusan. Jadikanlah amalan cara hidup sihat sebagai rutin kehidupan bagi menjamin kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

10. Dengan ini, saya dengan sukacitanya melancarkan Kempen Kurangkan Gula pada hari ini. Sekian, terima kasih.

Tuesday, July 27, 2010

KEMPEN KURANGKAN GULA

Oleh Sitti Nor Azizah Talata
utusansabah@utusan.com.my





Ismail Sabri Yaakob merasmikan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula Daerah Sipitang di Dewan Serbaguna Pekan Sipitang, Sabah, baru-baru ini sambil disaksikan oleh Sapawi Ahmad (kiri) dan Pengarah KPDNKK, Jaafar Walad (dua dari kanan).





SIPITANG 18 Feb. - Gula merupakan bahan tambahan yang mampu menjadikan makanan dan minuman amat menyelerakan.

Bagaimanapun, jika diambil berlebihan ia boleh menjadi 'racun' merosakkan tubuh manusia secara perlahan-lahan.

Pengambilan gula berlebihan menyebabkan seseorang itu menghidap pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, tulang rapuh dan kanser.

Selain itu, Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendapati orang yang meminum minuman bergas dan minuman berasaskan sirap dua kali sehari atau lebih, menanggung risiko 90 peratus lebih tinggi dijangkiti kanser pankreas dan kulit berbanding mereka yang tidak meminumnya.Apa yang pasti, pengambilan gula berlebihan nyata mengundang kemudaratan.

Oleh itu, atas kesedaran ini, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjalankan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula di seluruh negara.

Di Sabah, kempen itu bermula selepas pelancaran oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd. Dun.

Dalam ucapannya, Ismail Sabri memberitahu, kadar penggunaan gula oleh rakyat negara ini masih tinggi sehinggakan ia terpaksa menjadi barang kawalan oleh kerajaan.

Katanya, secara purata rakyat Malaysia mengambil 26 sudu gula sehari, iaitu tiga kali ganda berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu sebanyak 10 sudu teh gula sahaja.

Ini termasuklah gula yang terdapat dalam makanan harian iaitu beras, roti, jus minuman dan susu.

''Pada tahun lepas, penjualan gula untuk keperluan domestik negara mencecah 803,318 tan metrik setahun. Ini menjadikan Malaysia sebagai negara kelapan tertinggi di dunia dalam senarai penggunaan gula," katanya.

Sehubungan itu, beliau menambah, kempen berkenaan bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai akibat penggunaan gula secara berlebihan dalam diet seharian kepada kesihatan.

Ismail Sabri berkata, menerusi kempen itu diharap orang ramai dapat mengurangkan pengambilan gula dalam menu harian mereka dan mengamalkan pemakanan yang lebih sihat.

Menurut beliau, pemakanan gula akan mengganggu keseimbangan fungsi tubuh kerana asid berlebihan dalam badan.

Katanya, tidak dinafikan pengambilan gula di kalangan orang muda menyebabkan kadar obesiti golongan remaja meningkat selain kerosakan gigi terutama bagi kanak-kanak.

''Sebagai menteri yang menjaga pengguna, kita mahu nasihatkan pengguna supaya tidak beli 'penyakit' (dengan mengambil gula berlebihan," ujarnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa soal penjagaan tidak sepatutnya diserahkan kepada Kementerian Kesihatan semata-mata, tetapi perlu disokong oleh semua pihak termasuk pengguna.

Mengikut laporan Persatuan Diabetes Malaysia, bilangan pesakit diabetes di Malaysia kini mencecah 1.2 juta orang dan meningkat setiap tahun.

Sementara itu, Laporan WHO pula menjangkakan jumlah pesakit diabetes di negara ini akan bertambah 2.5 juta menjelang 2030.

''Di Sabah, pesakit diabetes mencatatkan jumlah yang paling rendah iaitu 4.9 peratus berbanding 14.9 peratus bagi seluruh negara," katanya. - Utusan