MUKADIMAH say no kepada gula

Asasalamualaikum...Satu kajian perubatan menunjukkan , rakyat malaysia merupakan pengguna gula yang tertinggi di asia tenggara dengan purata 3.7 kg gula sebulan. Kini hampir 1.4 juta rakyat Malaysia berusia 30 tahun keatas mengidap penyakit diabetes dan dijangkakan 2.5 juta rakyat negara ini akan mengidap diabetes menjelang 2020. Menyedari hakikat ini orang ramai digalakkan mengurangkan penggunaan gula dengan mencari pemanis alternatif pengganti gula dan ternyata produk ini boleh menjadi kenyataan. Kami menawarkan 3 PRODUK pengganti Gula untuk kesihatan para anda semua. Produk berasaskan tebu hitam (P3 Pemanis), Stevia (Doktor Stevia) & Buah Lohan/ Monk (HEGULA) sejenis pemanis semulajadi berasaskan 100% tebu Hitam, dengan teknologi Nano, daun stevia dan Buah Lohan dengan kemanisan sehingga 300 kali gula tetapi tidak mengandungi kalori, glukos dan lemak . Tebu Hitam dan Stevia juga digunakan untuk mengurangkan kadar gula amalan dalam kehidupan harian. Ia juga menjadi pemanis pilihan bagi mereka yang ingin sihat berterusan dan juga yang mengalami masalah berat badan. Juga pada mereka yang merebut peluang menambah pendapatan....Teruskan...
KITA TIDAK PERLU HEBAT UTK BERMULA...TAPI KITA MESTI BERMULA UTK MENJADI HEBAT...AMINNN...

Friday, January 1, 2021

DIABETES DI MALAYSIA MENINGKAT

3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia hidap diabetes

Mei 29, 2020 - 

PUTRAJAYA: Seorang daripada lima individu dewasa atau kira-kira 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap diabetes, menurut dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata prevalen diabetes di negara ini didapati meningkat kepada 18.3 peratus berbanding 13.4 peratus pada 2015.

"Peningkatan penyakit diabetes di Malaysia adalah salah satu dapatan NHMS 2019 yang merisaukan.

"Sejumlah 49 peratus daripada penghidap diabetes di Malaysia, tidak pernah diperiksa atau didiagnosis menghidap penyakit ini," katanya ketika membentangkan dapatan NHMS 2019 di Kementerian Kesihatan, di sini, hari ini.


Menurut dapatan tinjauan itu lagi, tiga negeri merekodkan penyakit diabetes tertinggi, iaitu Negeri Sembilan, Perlis dan Pahang.

Dr Adham berkata, berdasarkan NHMS 2019, seorang daripada empat individu dewasa berumur 16 tahun ke atas di negara ini didapati tidak aktif secara fizikal, manakala kira-kira 50 peratus penduduk dewasa mengalami berat badan berlebihan.

elain itu, beliau berkata, 95 peratus orang dewasa di Malaysia tidak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi.

Katanya, dapatan NHMS 2019 juga mendapati setengah juta rakyat dewasa di Malaysia mengalami kemurungan dengan prevalen tertinggi di Putrajaya, Negeri Sembilan dan Perlis.

Selain itu, beliau berkata, kira-kira 424,000 kanak-kanak didapati mengalami masalah mental dengan faktor utamanya ialah masalah berinteraksi dengan rakan sebaya, tingkah laku, emosi dan hiperaktif.

"Kita mahukan Malaysia yang sihat," katanya sambil menasihati rakyat Malaysia supaya bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap kesihatan masing-masing serta mengamalkan gaya hidup sihat. – BERNAMA