MUKADIMAH say no kepada gula

Asasalamualaikum...Satu kajian perubatan menunjukkan , rakyat malaysia merupakan pengguna gula yang tertinggi di asia tenggara dengan purata 3.7 kg gula sebulan. Kini hampir 1.4 juta rakyat Malaysia berusia 30 tahun keatas mengidap penyakit diabetes dan dijangkakan 2.5 juta rakyat negara ini akan mengidap diabetes menjelang 2020. Menyedari hakikat ini orang ramai digalakkan mengurangkan penggunaan gula dengan mencari pemanis alternatif pengganti gula dan ternyata produk ini boleh menjadi kenyataan. Kami menawarkan 3 PRODUK pengganti Gula untuk kesihatan para anda semua. Produk berasaskan tebu hitam (P3 Pemanis), Stevia (Doktor Stevia) & Buah Lohan/ Monk (HEGULA) sejenis pemanis semulajadi berasaskan 100% tebu Hitam, dengan teknologi Nano, daun stevia dan Buah Lohan dengan kemanisan sehingga 300 kali gula tetapi tidak mengandungi kalori, glukos dan lemak . Tebu Hitam dan Stevia juga digunakan untuk mengurangkan kadar gula amalan dalam kehidupan harian. Ia juga menjadi pemanis pilihan bagi mereka yang ingin sihat berterusan dan juga yang mengalami masalah berat badan. Juga pada mereka yang merebut peluang menambah pendapatan....Teruskan...
KITA TIDAK PERLU HEBAT UTK BERMULA...TAPI KITA MESTI BERMULA UTK MENJADI HEBAT...AMINNN...

Monday, October 28, 2019

Berita Diabetis Terkini 2019

Malaysia mempunyai kadar diabetes tertinggi di Asia


Mei 29, 2020 PUTRAJAYA: Seorang daripada lima individu dewasa atau kira-kira 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap diabetes, menurut dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata prevalen diabetes di negara ini didapati meningkat kepada 18.3 peratus berbanding 13.4 peratus pada 2015.

"Peningkatan penyakit diabetes di Malaysia adalah salah satu dapatan NHMS 2019 yang merisaukan.

"Sejumlah 49 peratus daripada penghidap diabetes di Malaysia, tidak pernah diperiksa atau didiagnosis menghidap penyakit ini," katanya ketika membentangkan dapatan NHMS 2019 di Kementerian Kesihatan, di sini, hari ini.


"Kebanyakan diabetes Jenis 2 langsung tidak menunjukkan sebarang gejala, sehinggalah anda terkena serangan jantung, strok (angin ahmar), buah pinggang bermasalah, menjadi buta dan terpaksa dilakukan amputasi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Persidangan dan Perbincangan Agung Komplikasi Diabetes ke-10 (DCOM 2018) di sini, hari ini.
Dr Mustaffa, berkata diabetes adalah satu daripada masalah kesihatan yang kenali sebagai pembunuh senyap.
"Pada persidangan ini, pelbagai topik berkaitan aspek perubatan dan rawatan baharu untuk mereka yang menghidap diabetes akan dikemukakan bagi menangani masalah itu," katanya.
Sebanyak 11 pakar dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Eropah dan Asia akan membentangkan topik masing-masing pada persidangan dua hari itu yang dihadiri kira-kira 200 peserta terdiri daripada pengamal perubatan. - BERNAMA

Rahimah Rahim - Semanis Manis Gula